'Tak perlu 100 minit, NSFC level kampung,' Sindir lawan atau team sendiri?


  • Podium
  • Isnin, 16 Mei 2022

KDA FC bakal bertemu NSFC dalam aksi Liga Super di laman sendiri pada Selasa.

PERTEMUAN antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super merupakan salah satu perlawanan yang juga dinantikan peminat selepas perlawanan sengit skuad Rusa dengan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bakal berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, rata-rata penyokong dilihat sudah rancak memberikan sokongan buat pasukan masing-masing menjelang perlawanan yang bakal berlangsung pada malam Selasa.

Bagaimanapun, dalam keghairahan itu, terdapat segelintir penyokong Sang Kenari berkongsi pandangan 'kurang enak' dengan memperkecilkan kemampuan NSFC.

Menerusi satu komen di hataran Facebook, Kedah Darul Aman FC, pemilik akaun Wan Kamarul Zaman menulis bahawa dia tidak sabar untuk melihat KDA FC membelasah NSFC.

Katanya, berdasarkan perlawanan JDT, KDA FC juga tidak ada masalah untuk membenam NSFC kerana pasukan itu juga bertaraf Asia.

"Setakat Negeri Sembilan senang sahaja buat Kedah, JDT sahaja perlukan 100 minit untuk kalahkan mereka,

"Kedah tiada masalah kerana bertaraf Asia, masuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setiap tahun, Negeri Sembilan 'taraf kampung' sahaja, Kedah boleh menang, tidak sabar mahu tengok KDA FC belasah NSFC," tulisnya.

komen ns kdh 1

Komen berbaur sindiran tersebut bagaimanapun tidak disambut baik oleh beberapa penyokong yang menyifatkan kenyataaan itu sebagai angkuh.

Pemilik akaun, Tar Tar menyatakan bahawa sindiran tersebut sangat mendalam.

Katanya, Kedah perlu mengambil perhatian dengan kemampuan NSFC yang mempunyai barisan penyerang yang bagus.

" Perli mendalam tu, NSFC bukan bukan main-main lawan JDT, Kedah kena ingat, penyerang mereka sahaja yang lepaskan peluang," ujarnya.

komen ns kdh 3

Sementara itu, Khushairi AL-Qadahi pula memberi satu komen ringkas mengingatkan supaya penyokong tersebut tidak terlalu angkuh.

Perkara itu turut dinyatakan oleh Abglong Mizan yang mengingatkan tentang kekalahan KDA FC dengan Melaka United FC.

"Jangan cakap besar, sabar... nanti jadi macam Melaka," katanya.

Bagaimanapun ada mengatakan komen tersebut merupakan sindiran kepada pasukan Kedah sendiri yang menampilkan prestasi turun naik pada musim ini.

komen ns kdh 2

komen ns kdh 4

Terdahulu, KDA FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada Melaka United 2-3 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.

NSFC pula sebelum ini tewas (0-1) dengan JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam kedudukan di Liga Super, NSFC berada di kedudukan kedua liga dengan 14 mata, manakala KDA FC di tangga ketiga dengan 13 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram