Kurangkan beban 2 tonggak Sri Pahang FC


  • Podium
  • Isnin, 16 Mei 2022

Mahmoud Za'tara masih dikecam penyokong Sri Pahang walaupun menjaringkan dua gol baru-baru ini.

SKUAD Sri Pahang nampaknya berjaya meneruskan kemaraan dalam Piala FA selepas menjinakkan skuad Projek FAM-MSN dengan jaringan 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Menerusi perlawanan itu, gol dijaringkan oleh pemain import, Mahmoud Za'tara (dua gol) dan satu lagi oleh Shah Nizam Nadzir.

Namun, di sebalik kemaraan itu, penyokong skuad Hogoh Pahang Hogoh masih tidak berpuas hati dengan aksi beberapa pemain di atas padang.

Malah, ramai yang menyifatkan bahawa pasukan kendalian Christophe Gamel itu sepatutnya menang dengan jaringan lebih besar apatah lagi pasukan itu adalah dari kedudukan ke lapan dalam Liga Premier.

WhatsApp Image 2022-05-16 at 12.41.37 PM

David Rowley perlu lebih kreatif untuk membantu pemain yang lain.

Selain Za'tara yang masih menjadi kecaman penyokong walaupun menjaringkan dua gol, ada pemain yang dilihat masih tidak menjalankan tugas dengan baik.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa prestasi Sri Pahang musim ini jauh ketinggalan dengan skuad Pahang FC pada 2016.

Hogoh Pahang Hogoh menerusi satu hantaran Facebook turut mempersoalkan berkenaan pihak yang tidak sabar menantikan hasil apabila menggunakan pemain tempatan.

"Kita pernah pakai pemain DNA, siapa yang tak sabar dan gagalkan dulu? Kini keluarkan isu kegagalan cipta pemain muda, bangsa final hanya kenal kejuaraan itulah masalah sebenar," katanya.

Dalam pada itu, laman tersebut turut menegur aksi pemain import, David Rowley yang disifatkan perlu lebih kreatif.

"Sedikit pesanan buat Rowley, anda perlu lebih kreatif untuk bantu kurangkan beban Azam Azih dan Manuel Hidalgo. Merekalah bawa bola dan merekalah yang perlu cari gol setiap kali perlawanan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram