SEORANG lelaki maut terjatuh dari pokok kelapa yang dipanjatnya di sebuah kampung di daerah Wat Bot pada pagi Ahad, kata polis Thailand.
Pegawai Polis Wat Bot, Suthep Madit berkata, polis dan penyelamat bergegas ke kampung Suan Pan di Tha Ngam selepas kejadian itu dilaporkan kepada mereka pada pukul 9.30 pagi.
Mereka menemui lelaki itu dalam keadaan terlentang di bawah pokok kelapa setinggi kira-kira 50 meter dengan kesan lebam di seluruh badan.
Mangsa kemudiannya dikenal pasti sebagai Sangwan Amdat, 65, seorang penduduk kampung Moo 7 di Tha Ngam.
Saudara mara mangsa memberitahu polis bahawa Sangwan meninggalkan rumahnya pada awal pagi untuk memanjat pokok kelapa yang merupakan salah satu daripada rutin hariannya.
Mereka bimbang apabila dia tidak pulang ke rumah pada pukul 9 pagi dan keluar untuk mencarinya. Mereka kemudian menemui mayatnya di bawah pokok kelapa.
Mayat dihantar ke Hospital Wat Bot untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram