SEBUAH video tular di Twitter menunjukkan adegan rumpuhan di sebuah kilang MacBook Quanta Comp yang terletak di Shanghai, China
Ratusan pekerja itu dilihat merempuh penghadang yang dijadikan alat sekatan bagi mengelak penularan Covid-19 di kilang itu.
Bukan sahaja rempuhan, malah turut berlaku pertembungan fizikal antara pekerja dan pasukan kawalan Covid-19 di kawasan itu.
Pekerja kilang MacBook berkenaan memanjat penghadang sekatan di dalam kilang dan kejadian itu berlaku apabila pekerja yang sedang bercuti tidak dibenarkan pulang ke asrama untuk berehat.
Menurut laporan itu, lebih 100 orang melompat ke atas pagar dan melepasi pengawal keselamatan yang tidak mengendahkan arahan mereka.
Pekerja Quanta mengesahkan pertembungan itu berlaku malam Khamis, manakala syarikat itu enggan memberikan komen.
Seorang pekerja berkata, mereka risau kerana terdapat kes positif Covid-19 berlaku di asrama dan seorang kakitangan memberitahu kerajaan sepatutnya mengambil peranan penting dalam menguruskan operasi kilang itu.
Seperti yang diketahui, Shanghai sedang melaksanakan perintah berkurung berikutan peningkatan kes Covid-19 dan kilang Quanta yang mengeluarkan MacBook memilih untuk meneruskan operasi dengan menggunakan sistem sekatan yang sangat ketat.
Cara syarikat dan kilang di China untuk mengehadkan kemudaratan ekonomi semasa perintah berkurung adalah untuk beroperasi dalam sistem "gelembung tertutup", yang mana pekerja tinggal dan tidur di tapak atau di penginapan berdekatan tempat mereka dipindahkan.
Menurut pegawai, kaedah itu telah membolehkan Shanghai memulakan semula pengeluaran di lebih daripada 70% daripada kemudahan pembuatan perindustriannya, serta 90% daripada 660 perniagaan perindustrian yang penting.
Malah, pekerja juga mesti mengelakkan hubungan dengan sesiapa di luar kawasan kilang, termasuk ahli keluarga dan perlu sentiasa mengikut protokol.
Meskipun bandar itu mendakwa bahawa sektor pekerjaan kembali normal namun sebahagian besar perusahaan Jepun di Shanghai masih belum dibuka semula. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram