Pemandu lori panik rempuh 3 kereta, 2 motosikal akibat dirompak


  • Benua
  • Khamis, 05 Mei 2022

Keadaan motosikal yang dirempuh lori itu.

SEORANG lelaki merempuh tiga kereta dan dua motosikal disebabkan panik untuk melarikan diri selepas diugut dan dicederakan suspek yang cuba meminta wang daripadanya.

Kejadian rempuhan itu turut tular di media sosial hingga menimbulkan rasa tidak puas hati warganet terhadap suspek.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian berkata, insiden itu berlaku di Bundaran Guntur, Garut, Indonesia pada malam Ahad minggu lalu.

"Sebelum rempuhan itu berlaku, terdapat lelaki yang cuba meminta wang sebanyak 200,000 rupiah (RM60) daripadanya dan dia enggan berbuat demikian.

"Berang dengan keengganan mangsa, lelaki itu telah mengugut sebelum muka mangsa dipukul dengan batu," katanya.

Menurut Dede, kejadian rempuhan itu berlaku selepas mangsa yang juga seorang pemandu lori pembersihan berasa takut dan panik dengan apa yang berlaku sebelum menekan pedal minyak lorinya.

Disebabkan itu katanya, tanpa disedari lori yang dipandunya telah merempuh dua tiga buah kereta dan dua buah motosikal.

"Mujur kejadian yang berlaku itu tidak mengorbankan nyawa," katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan lagi daripada pihak berkuasa berkenaan dengan suspek sama ada sudah ditangkap atau tidak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram