Atlet MMA manfaatkan Aidilfitri dengan beri bantuan kepada haiwan jalanan


  • Massa
  • Rabu, 04 Mei 2022

AJ Pyro terus memberi makan kepada kucing dan anjing yang berkeliaran di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya semasa Raya.

KETIKA kebanyakan orang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama orang tersayang dan rakan-rakan, atlet seni bela diri campuran (MMA), AJ Pyro meneruskan misinya memberi makan kepada kucing dan anjing jalanan di Kota Kinabalu, Sabah dan kawasan sekitarnya.

“Ia adalah rutin yang sama. Tiada apa yang berubah walaupun hari raya. Saya tetap memberi makan kepada haiwan liar yang sesat setiap hari, walaupun hujan,” kata lelaki berusia 46 tahun dengan nama sebenarnya, Jumat Lias Mansor itu.

Langgan Majoriti hari ini

Dapatkan akses penuh untuk membaca artikel berinformasi yang berlaku sekitar anda dan luar negara. Hanya di Majoriti, refleksi tanpa prejudis.

Jika sudah melanggan