Dendam terhadap Garuda Muda punca enggan lepaskan Saddil?


  • Podium
  • Khamis, 14 Apr 2022

Saddil enggan dilepas Sabah FC kerana kejohanan sukan Asia Tenggara itu tidak tersenarai dibawah kalendar rasmi FIFA. — Facebook/Sabah FC

PANAS arena bola sepak antara dua negara, Malaysia dan Indonesia apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) ingin mengadakan rundingan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya Saddil Ramdani dilepaskan daripada kelabnya, Sabah FC.

Kegigihan PSSI itu menunjukkan bahawa pasukan bola Indonesia sangat memerlukan khidmat Saddil bagi membantu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) mereka pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Alasan The Rhinos yang dilaporkan enggan melepaskan Saddil adalah kerana kejohanan sukan Asia Tenggara itu tidak tersenarai di bawah kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Seperti PSSI yang ingin Saddil bermain untuk skuad Garuda Muda, warganet negara jiran juga meluahkan rasa tidak puas hati berhubung perkara itu sehinggakan mereka mendakwa Malaysia berdendam terhadap pasukan bola sepak Indonesia.

WhatsApp Image 2022-04-13 at 22.10.10

Tangkap layar komen dari warganet Indonesia berhubung isu Saddil.

"Dendam halus Malaysia terhadap pasukan Indonesia selepas dibantai kemarin," ujar pengguna Facebook, Teguh Bassist yang beranggapan Harimau Malaya berdendam selepas kalah 1-4 pada kelayakan AFF Suzuki 2020.

"Itu sudah jelas yang Malaysia takutkan kita menjadi juara, mereka akan malu. Makanya pemain handalan kita tidak diizinkan memperkuat pasukan Indonesia. Licik," komen dari Sinyo Sholikin.

Bagi pengguna Galur Isme berpendapat, ini bukan pertama kali pasukan Malaysia berbuat demikian dan apabila perkara seperti itu berlaku pasti beribu alasan akan diberikan kerana enggan melepaskan pemain Indonesia.

"Malaysia sengaja tidak lepas Saddil untuk memperkuat pasukan Indonesia. Saddil harus ambil keputusan untuk bermain bersama Indonesia. Demi merah putih," kata Moh Lessy.

Terdahulu, PSSI mengumumkan seramai 29 pemain dipanggil Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong ke pusat latihan Pasukan Kebangsaan (TC) B-23 pada 6 April lalu.

Saddil merupakan salah seorang daripada enam pemain kelab asing yang dipanggil selain Elkan Baggott, Asnawi Mangkualam, Pratama Arhan, Egy Maulana Vikri dan Witan Sulaeman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram