Mayat warga Malaysia ditemukan setelah setahun mati dibunuh di Australia


  • Benua
  • Isnin, 04 Apr 2022

MAYAT seorang lelaki dipercayai warga Malaysia ditemukan berhampiran Bathurst di New South Wales, Australia pada Ahad.

Mayat yang dipercayai merupakan 'Jacky' Chong Kai Wong itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang selepas pasukan penyiasat memulakan pencarian di kawasan luar bandar di Killongbutta.

Kai Wong dipercayai meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.

Menurut pihak berkuasa, mayat itu akan menjalani pemeriksaan forensik dan ujian DNA untuk mengesahkan identitinya, lapor 9news Australia.

Kai Wong dipercayai sudah meninggal dunia lebih setahun. — Agensi

Pada 2021, pasukan polis yang menyiasat kes melibatkan sindiket dadah mendapati warga Malaysia berusia 24 tahun itu hilang.

Tiga lelaki, berusia 33, 22 dan 28, didakwa pada akhir Mac berhubung kematian Kai Wong, lapor The Australian.

Chong telah menetap di Sydney sejak 2016 tetapi tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.

Keluarganya memberitahu polis bahawa mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram