Rogol budak usia 9 tahun, datuk beri upah tutup mulut RM3


  • Benua
  • Sabtu, 02 Apr 2022

MANGSA dirogol ketika mahu memetik buah jambu batu berdekatan rumah suspek. — Agensi

SEORANG warga emas ditahan polis kerana didakwa merogol kanak-kanak bawah umur di kawasan Amurang, Kabupaten Minahasa Selatan, Sulawesi Utara, Indonesia.

Suspek, seorang lelaki berusia berusia 81 tahun disyaki merogol mangsa yang berusia sembilan tahun yang juga merupakan anak jirannya.

"Suspek berusia 81 tahun dikenali sebagai JS disyaki melakukan perkara tersebut pada pagi Rabu (30 Mac 2022) dirumahnya," kata wakil Polis Sulawesi Utara, Jules Abraham Abast pada Khamis

Tambahnya lagi, suspek ditahan polis pada tengah hari Rabu, ketika berada di rumahnya.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sedang bermain dengan rakan-rakannya.

Ketika mangsa hendak memetik buah jambu batu, dia dipanggil oleh suspek tetapi mangsa menolak pelawaan itu.

Suspek kemudian memaksa mangsa dengan menariknya masuk ke dalam rumah.

“Di rumahnya, suspek kemudian merogol mangsa dan diberi Rp10,000 (RM3) kepada mangsa,” ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram