Arab Saudi mansuh semua sekatan Covid-19


  • Benua
  • Rabu, 23 Mac 2022

ARAB Saudi mula dipenuhi dengan umat Islam menjelang Ramadan dan Syawal.

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Arab Saudi, sekatan, mansuh, COVID-19