4 fakta Kamaludin, budak Thailand sudah ‘insaf’, tak tunjuk jari tengah lagi


  • Benua
  • Rabu, 23 Mac 2022

KAMALUDIN menjadi perhatian netizen di seluruh dunia setelah videonya yang membonceng motosikal sambil mengacukan jari tengah, lalu tular di media sosial. — Agensi

SEORANG kanak-kanak Thailand, Kamaludin menjadi perhatian netizen di seluruh dunia setelah videonya yang membonceng motosikal sambil mengacungkan jari tengah, tular di media sosial.

Dengan wajah 'selamba' tanpa ekspresi dan secara tiba-tiba melakukan ekspresi yang tidak sopan dengan jarinya itu membuat ramai orang agak terkejut dan dalam masa yang sama berasa terhibur.

Populariti Kamaludin kian meningkat setelah wajahnya muncul dalam pelbagai video yang dimuatnaik kembali oleh selebriti terkenal dunia seperti Choi Siwon dan Khaby Lame.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah kanak-kanak yang tular sehingga dikenali di seluruh dunia ini. Berikut adalah empat fakta mengenai Kamaludin:

1. Disalah anggap sebagai kanak-kanak yang berasal dari Indonesia

Ketika videonya mula-mula tular, sebilangan besar netizen menyangka bahawa kanak-kanak itu berasal dari Indonesia disebabkan warna kulit sawo matang dan wajah seakan-akan orang Indonesia.

Dalam video tular itu juga, Kamaludin juga sedang dibonceng oleh seorang wanita yang tidak memakai topi keledar dan mengenakan hijab persis gaya wanita Indonesia.

Namun, setelah beberapa ketika wajahnya tular, barulah terbongkar bahawa kanak-kanak itu sebenarnya berasal dari Hat Yai, Thailand.

2. Mempunyai Fanpage di Facebook

Pada 14 Mac 2022, kanak-kanak tersebut membuat akaun fanpage rasmi Im Kamaludin di Facebook yang kini mempunyai hampir 65 ribu orang pengikut.

"Hello, semua orang. Saya Kamaludin. Ini ialah akaun rasmi saya. Terima kasih kerana mengikuti saya," tulisnya dalam satu hantaran.

Katanya, dia mencipta akaun tersebut kerana kemunculan akaun-akaun palsu lain yang berpura-pura menjadi dirinya.

3. Mengidolakan Khaby Lame

Setelah Khaby Lame memuat naik satu video TikTok yang menampilkan video asalnya, Kamaludin berasa amat bahagia. Dia mengakui mengidolakan Khaby Lame dan ingin bercakap dengannya di telefon.

"Maafkan saya, abang. Khaby Lame, saya meminati dan menyukai anda. Jika kamu melihat hantaran ini, tolong kirimkan jersi yang ditandatangani oleh anda," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

4. Selain mengacukan jari tengah, Kamaludin juga boleh menunjukkan 'love sign'

Dalam beberapa gambar yang dimuatnaik di Facebooknya, Kamaludin juga kerap mempamerkan gambar-gambarnya yang sedang menunjukkan 'love sign' ala-ala 'oppa' Korea.

Salah satunya adalah sebuah gambar dia memegang telefon bimbit berlatar belakangkan gambar Khaby Lame. Gaya jari berbentuk hati ini mencuri perhatian orang ramai, berbanding gaya tularnya menunjukkan jari tengah.

Pada masa sama, Kamaludin juga secara terbuka mengakui enggan lagi mengacukan jari tengah kepada sesiapa selepas ini.

Dia juga dilihat mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan bersama rakan sekampung yang dimuat naik dalam akaun media sosialnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram