Terpengaruh filem lucah, bapa liwat anak perempuan umur 8 tahun sampai mati


  • Benua
  • Rabu, 23 Mac 2022

SUSPEK yang didakwa memperkosa anaknya hingga mati. — Agensi

SEORANG lelaki Indonesia didakwa merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 8 tahun hingga mati pada 18 Mac lalu di Semarang, Jawa Tengah.

Suspek berusia 41 tahun yang hanya dikenali sebagai WD ditahan selepas polis mendapati terdapat kecederaan pada kemaluan dan dubur mangsa.

Suspek mengakui bahawa dia melakukan perbuatan itu akibat tidak dapat menahan nafsu kerana sering menonton video lucah.

Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang tinggal bersama ibu kandung diminta untuk pergi ke rumah suspek yang juga ayah kandungnya di daerah Tlogosari, Pedurungan.

Difahamkan suspek dan ibu mangsa sudah bercerai 5 tahun lalu, namun mangsa dan suspek kerap bertemu.

"Suspek merupakan bapa kandung mangsa. Yang melaporkan kejadian ialah ibu kandung mangsa atau bekas isteri suspek.

Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak-anak tinggal bersama ibu tetapi masih berjumpa dengan bapa mereka," kata polis.

Ketika berada di rumah suspek, mangsa yang ketika itu tidak sihat diberikan ubat lalu tertidur.

Suspek kemudian mula melakukan perbuatan itu kepada anak kandungnya itu yang tidak berdaya melawan.

Akibat daripada perbuatan suspek, mangsa dilapor mengalami sawan.

Melihat keadaan mangsa, suspek bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital namun menurut polis, mangsa ketika itu telah meninggal dunia.

Mangsa kemudian dikebumikan pada Sabtu, 19 Mac lalu.

Menurut polis, suspek sempat meminta izin kepada bekas isterinya untuk membawa anaknya ke hospital.

"Sebelum itu suspek membawa mangsa ke rumah ibunya untuk meminta izin dibawa ke hospital, dan ibunya ketika itu tidak memeriksa keadaan anaknya lalu mengizinkan mangsa dibawa ke hospital menggunakan motosikal dengan seorang saksi.

"Dalam surat keterangan doktor, ada kematian kurang wajar dengan tanda kekerasan di kemaluan dan dubur. Dari situ, kita buat laporan polis, sementara keadaan mangsa sudah dimaklumkan," menurut polis.

Bapa kandung mangsa kemudian ditahan setelah polis mendapati ada bukti bahawa kematian kanak-kanak itu diakibatkan oleh kekerasan seksual.

Suspek mengakui segala perbuatan kejinya. Malah, menurutnya, dia sudah tiga kali memperkosa mangsa kerana ketagihan menonton filem lucah.

Suspek akan didakwa di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun.

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek bakal dikenakan hukuman tambahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram