BUKAN hanya Malaysia mengalami kenaikan harga telur ayam tetapi negara jiran, Indonesia juga menghadapi situasi sama apabila harga sumber protein berkenaan mulai meningkat.
Kurang dua minggu sebelum memasuki bulan Ramadan, harga telur ayam di Pasar Remu di Bandaraya Sorong, Papua Barat, Indonesia mulai mengalami peningkatan harga.
Kenaikan itu berlaku difahamkan kerana pembekal telur ayam dari luar kawasan Papua mula menaikkan harga.
Sehingga kini, harga telur ayam tempatan di Kota Sorong dan di beberapa kawasan mengalami harga sekitar RM16.96 sepapan, sedangkan sebelumnya hanya berharga RM14.62.
Peniaga mengakui kebiasaannya sebelum cuti perayaan, permintaan terhadap telur ayam mula meningkat dan disebabkan itu harga pun meningkat berbanding hari biasa.
Harga telur di kawasan itu belum pasti akan stabul dalam tempoh terdekat kerana kedudukannya yang terpencil dan menyukarkan kemasukan barangan bekalan mentah dari luar Papua.
Faktor itulah juga menyebabkan kenaikan harga. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram