Kembar tujuh tahun maut dirempuh Harley Davidson ketika ke kelas mengaji


  • Benua
  • Isnin, 14 Mac 2022

KEDUA-DUA mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. — Agensi

PASANGAN kembar berusia tujuh tahun di Desa Tunggilis, daerah Kalipucang, wilayah Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia meninggal dunia selepas dilanggar dua penunggang motosikal berkuasa besar jenis Harley Davidson.

Kemalangan itu terjadi di Jalan Raya Banjar-Pangandaran, pada Sabtu (12 Mac).

Ketua Polis Daerah Kalipucang, Iptu Iman Sudirman berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua budak itu cuba melintas jalan ke sekolah agama dari arah Banjar ke Pangandaran.

622d45aec13d3

MOTOSIKAL Harley Davidson yang merempuh pasangan kembar dalam kejadian di Jawa Barat. — Agensi

"Saksi mendakwa penunggang motosikal itu kelihatan menunggang secara melulu dan laju.

"Motosikal terbabit dikatakan sukar dikawal hingga terbabas ke dalam parit,” katanya seperti dipetik portal Detik.com.

Tambah Sudirman, kedua-dua penunggang motosikal itu telah ditahan pihak polis.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan bernama Hendi, 27, berkata, kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa pertama dilanggar sebuah motosikal berwarna putih, manakala seorang lagi motosikal berwarna hitam,” kata Hendi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram