PIHAK polis menahan seorang lelaki yang bertindak menyerang dan menetak seorang kiai di sebuah surau sekolah pondok, di Kabupaten Indramayu, dekat Jawa Barat, Indonesia.
Dalam kejadian sekitar jam 9.30 malam Selasa itu, suspek menetak mangsa, Farid Asr Wadeher menggunakan sebilah sabit.
Jurucakap polis, Kombes Ibrahim Tompo berkata, suspek turut menetak isteri mangsa dan salah seorang pelajar dalam kejadian sama.
"Dalam kejadian itu, suspek masuk ke dalam surau dan menetak kiai yang sedang menjalankan ibadah," katanya.
Semua mangsa cedera parah manakala polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram