Bomba bantu angkat lelaki obesiti 180 kilogram ke hospital


  • Benua
  • Khamis, 10 Mac 2022

ANGGOTA bomba menggunakan tilam untuk mengangkat Singgih. — Agensi

ANGGOTA bomba di daerah Bogor, Jawa Barat, Indonesia membantu memindahkan Singgih (42), seorang penduduk yang mengalami obesiti atau berat badan berlebihan.

Lelaki berkenaan ingin ke hospital namun mengalami masalah untuk berjalan berjalan kerana beratnya 180 kilogram.

“Kami menerima panggilan untuk melakukan pemindahan seorang pesakit obes dengan berat sekitar 180 kilogram,” kata Komandan Pasukan Penyelamat II, Pemadam Kebakaran Daerah Bogor, Muhammad Ridwan pada Rabu.

Pasukan Penyelamat diminta bantuan keluarga pesakit obesiti dari Kampunh Pabuaran, Cibinong, Bogor untuk memindahkan Singgih dari kediamannya ke ambulans dan seterusnya ke Hopital Fatmawati, Jakarta Selatan.

Proses pemindahan mengambil masa kira-kira tiga jam iaitu bermula jam 09.00 pagi hingga 12.00 pagi (waktu Malaysia).

Anggota bomba meletakkan Singgih di atas tilam dan kemudian mengangkatnya.

"Kami angkat dia dengan katil. Sebab dia susah berjalan. Kami cuma bawa dia ke ambulans. Kemudian dibawa ke Hospital Fatmawati," jelas Ridwan.

Beliau menyebut sekurang-kurangnya 13 pegawai terlibat dalam proses pemindahan pemuda itu dengan beberapa peralatan seperti thermogun, karpet, sarung tangan dan lampu suluh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram