Bank pusat Rusia hadkan pengeluaran mata wang asing


  • Benua
  • Rabu, 09 Mac 2022

IBU pejabat bank pusat Rusia di Moscow. — Agensi

BANK pusat Rusia mengehadkan jumlah tunai mata wang asing yang boleh dikeluarkan daripada akaun rakyatnya, sebagai sebahagian daripada 'prosedur sementara'.

Prosedur itu berkuat kuasa 9 Mac hingga 9 September, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan bank itu di laman sesawangnya.

Pemegang akaun boleh mengeluarkan tunai sehingga AS$10,000 (RM41,835) dan selebihnya dalam nilai rubel.

"Sepanjang tempoh sementara itu, mata wang dikeluarkan dalam dolar AS tanpa mengira mata wang. Tukaran mata wang lain kepada dolar AS adalah mengikut kadar pasaran pada tarikh pengeluaran," menurut kenyaatan itu.

Pada 24 Februari, Rusia memulakan operasi khas ketenteraan di Ukraine dan tindakan itu telah menerima kecaman pemimpin Barat menyaksikan banyak sekatan dikenakan terhadap Moscow. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram