Visa semasa ketibaan dibuka untuk pelancong 23 negara ke Bali


  • Benua
  • Isnin, 07 Mac 2022

KADAR vaksinasi dua dos di Bali adalah lebih tinggi berbanding wilayah lain. — Gambar hiasan / Agensi

INDONESIA membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) ke Bali untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen pada Isnin, VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.

Pelancong asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali dan boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali, kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan.

Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram