Iktibar di sebalik tragedi lemas Tangmo Nida


  • Benua
  • Khamis, 03 Mac 2022

DI sebalik insiden malang yang menimpa Tangmo (gambar kecil), banyak kelopongan dari segi keselamatan yang boleh diambil sebagai pengajaran. — Agensi

AKTRES terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong meninggal dunia secara tragis pada zaman kegemilangannya. Pasti ramai terfikir bahawa masih belum terlambat untuk mengambil iktibar daripada kematiannya.

Kematian aktres itu boleh mencetuskan perubahan besar dalam peraturan maritim, penguatkuasaannya dan bagaimana individu kaya serta berpengaruh menentukan proses berkaitan.

Walaupun beberapa perkara mengenai kematian aktres berusia 38 tahun itu masih kabur, ada perkara yang jelas sejak dari awal iaitu tiada seorang pun di dalam bot laju itu memakai jaket keselamatan.

Ditambah dengan pengambilan alkohol, pastinya individu yang berada di atas bot tersebut senang terjatuh, lebih-lebih lagi dalam keadaan rel keselamatan tidak diselenggara dengan baik.

Tiada pemeriksaan yang betul diambil sebelum perjalanan itu bermula baik dari segi pegangan lesen mahupun rondaan pihak berkuasa di Sungai Chao Phraya.

Kematian Tangmo nampak seperti kemalangan, namun 'detektif' media sosial memikirkan segala kemungkinan lain.

Pemakaian jaket keselamatan boleh memberi suatu perubahan besar. Peraturan ini mungkin menjengkelkan penumpang bot yang mahu kelihatan cantik dalam gambar, namun peraturan keselamatan ini tidak pernah dilaksanakan secara serius, terutamanya kepada mereka yang menaiki bot kecil dan laju dalam jarak dekat.

Pengambilan minuman beralkohol tidak pernah dikawal dengan ketat terutamanya melibatkan bot-bot kecil yang kurang kelengkapan dari segi keselamatan.

Begitupun, perlu diingatkan bot-bot itu boleh bergerak dengan sangat pantas di laluan air yang sibuk, dalam dan kurang pencahayaan.

Melaksanakan peraturan antialkohol boleh mencetuskan bantahan, tetapi ia sama seperti penguatkuasaan awal terhadap pemanduan dalam keadaan mabuk.

Penggunaan bot laju tidak pernah dikawal secara menyeluruh. Ini menyaksikan kehadiran kapal kecil dan mewah semakin meningkat dan semakin ramai orang terlibat.

Mereka perlu mendapatkan lesen bagi tujuan itu dan membenarkan orang yang memilikinya, mengendalikan bot adalah disifatkan sebagai salah satu kesalahan berat kepada pemilik bot.

Rondaan sungai mesti ditingkatkan secara ketara, untuk menguatkuasakan peraturan tersebut dan menyediakan keselamatan sekiranya berlaku kemalangan.

Pemeriksaan rawak perlu dibuat untuk memastikan langkah-langkah mengenai jaket keselamatan dan penggunaan alkohol dipatuhi.

Menguatkuasakan atau menaik taraf peraturan yang sedia ada secara serius akan menghilangkan banyak persoalan mengenai kematian Tangmo. Dia mungkin tidak mati atau mengalami nasib malang sebegitu.

Di sebalik misteri yang menyelubungi kematian Tangmo adalah gambaran jelas tentang banyak perkara yang tidak betul, bukan hanya pada malam kejadian, tetapi juga pada siang hari di kebanyakan lokasi lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram