Perang Ukraine: Ketahui maksud huruf kenderaan tentera Rusia


  • Benua
  • Isnin, 28 Feb 2022

ANTARA kenderaan Rusia yang dicat dengan 'huruf' tertentu. — Agensi

MELIHAT pada foto dan video serangan tentera Rusia terhadap Ukraine di media massa dan media sosial, tentu anda berkemungkinan menyedari bahawa kebanyakan daripada tentera mereka membawa kenderaan yang dicat dengan huruf tertentu.

Dalam unit ketenteraan Amerika Syarikat (AS), kebanyakan kenderaan tempur dan helikopter dilengkapi dengan sistem pengenalan diri tempur berasaskan radio supaya tentera dapat mengenalpati sekutu dan musuh.

Rusia juga dilihat mengambil pendekatan hampir serupa bagi kereta kebal, trak, helikopter dan kenderaan tempur berperisai mereka.

Rusia berbuat demikian supaya mereka tidak terperangkap dengan isyarat pengecaman visual kerana Ukraine juga menggunakan peralatan sama seperti Rusia.

Huruf V mewakili Marin Rusia; Huruf Z mewakili unit di Daerah Tentera Timur; Huruf Z dalam petak mewakili Daerah Tentera Selatan.

Huruf O pula mewakili tentera Ramzan Kadyrov iaitu panglima perang yang dilantik Presiden Rusia, Vladimir Putin di wilayah Chechnya, Rusia.

Huruf A mewakili Pasukan Khas Rusia (SSO) seperti Spetnaz dalam pelbagai unit operasi.

Perang Ukraine-Rusia memasuki hari kelima dan Kremlin nampaknya sudah memperlahankan serangan mereka.

Ukraine dilaporkan menuntut gencatan dan pengunduran pasukan tentera Rusia dalam satu kenyataan pada Isnin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ukraine, Rusia, perang, kenderaan, tentera, NATO, huruf