RUSIA mahu mencapai kata sepakat dengan Ukraine untuk menamatkan konflik yang antara kedua-dua negara.
Perkara itu didedahkan oleh perunding Kremlin pada Isnin, ketika serangan Moscow ke atas Kiev kini memasuki hari kelima.
"Kami pastinya mahu mencapai beberapa persetujuan secepat mungkin.
“Kami sedang menunggu ketibaan delegasi Ukraine," kata pembantu kepada Presiden Rusia, Vladimir Medinsky yang berangkat ke Belarus untuk menyertai rundingan itu dalam siaran televisyen.
Delegasi Ukraine juga dilaporkan tiba di kawasan itu untuk menjayakan proses rundingan tersebut yang dijangka bermula pada tengah hari waktu tempatan.
Ukraine pada Isnin menuntut gencatan senjata dan pengunduran tentera Rusia dengan segera selepas delegasi Kiev tiba untuk berunding mengenai konflik tersebut.
"Delegasi Ukraine tiba di sempadan Ukraine-Belarus untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan wakil Persekutuan Rusia.
"Isu utama rundingan itu ialah gencatan senjata serta-merta dan pengunduran tentera dari Ukraine," kata jawatan presiden Ukraine dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Kiev menuntut pelaksanaan gencatan senjata dan pengunduran pasukan tentera Rusia setelah pihak musuh tersebut dikatakan telah memperlahankan rentak serangan mereka.
"Ia adalah kunci utama rundingan tersebut," menurut kenyataan daripada pejabat presiden Ukraine. — AFP
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram