Fasiliti nuklear Ukraine diserang peluru berpandu


  • Benua
  • Isnin, 28 Feb 2022

UKRAINE adalah penjana kuasa nuklear kedua terbesar di Eropah selepas Perancis. — Agensi

DUA tapak pelupusan sisa radioaktif di Kyiv, Ukraine yang mengandungi sisa nuklear menjadi mangsa pencerobohan empat hari Rusia pada Ahad.

Menurut e-mel dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, fasiliti sama yang juga merupakan kemudahan pengubah elektrik telah rosak di depot di Kharkiv akibat serangan peluru berpandu.

Tambahnya, pihaknya masih menunggu laporan pencemaran radiasi dari pihak berkuasa tempatan untuk menentukan sejauh mana kerosakan berlaku di lokasi berkenaan.

"Kedua-dua insiden ini mengundang risiko apabila kemudahan dengan bahan radioaktif mengalami kerosakan semasa konflik, dengan akibat yang berpotensi untuk kesihatan manusia dan alam sekitar.

"Saya merayu kepada semua pihak untuk menahan diri dari mana-mana tindakan tentera atau tindakan lain yang boleh mengancam keselamatan dan kemudahan ini," kata Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi.

Lembaga Gabenor IAEA akan mengadakan mesyuarat pada Rabu di Vienna untuk membincangkan keadaan semasa di Ukraine, kata jurucakap agensi pada Ahad.

Ukraine memilki penjana kuasa nuklear kedua terbesar di Eropah selepas Perancis.

Tenaga atom genates menjana kira-kira separuh kuasa negara itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram