KERAJAAN Indonesia memindahkan enam lagi warganegaranya dan seorang warga asing dari Ukraine, kata Kementerian Luar pada Isnin.
Warganegara dan warga asing yang berkahwin dengan rakyat Indonesia dipindahkan ke Rzeszow, Poland dari Lviv, sebuah bandar di barat Ukraine.
"Mereka semua selamat dan dalam keadaan sihat," ciap kementerian itu di Twitter rasminya pada Isnin.
Pemindahan berlaku sehari selepas 25 warganegara di Odessa, sebuah bandar pelabuhan di Laut Hitam di selatan Ukraine, dipindahkan dan kini berada di Bucharest, Romania.
Terdapat kira-kira 153 warga Indonesia yang berada di beberapa wilayah di Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.
Susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram