Biden, Putin bincang krisis Ukraine


  • Benua
  • Ahad, 13 Feb 2022

KEDUA-DUA pemimpin membincangkan situasi di Ukraine dan isu keselamatan yang berkaitan, menurut kenyataan Rumah Putih dan Kremlin. — Agensi

PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan perbualan telefon pada Sabtu mengenai situasi di Ukraine, lapor Agensi Berita Xinhua.

Semasa panggilan yang berlangsung kira-kira sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan situasi di Ukraine dan isu keselamatan yang berkaitan, menurut kenyataan Rumah Putih dan Kremlin.

Rumah Putih berkata Biden menyatakan dengan jelas kepada Putin "ketika AS kekal bersedia untuk terlibat dalam diplomasi," ia juga "turut bersedia untuk senario lain".

Rusia belum menerima maklum balas substantif daripada AS mengenai jaminan keselamatan, lapor Sputnik, memetik pembantu Kremlin, Yuri Ushakov.

Rusia dalam waktu terdekat akan mengemukakan maklum balasnya kepada AS dan Nato mengenai jaminan keselamatan, kata Ushakov, sambil menambah kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus berhubung.

Hubungan langsung antara AS dan Rusia tidak menunjukkan kemajuan penting yang besar, dengan Kremlin berkata, Rumah Putih gagal menangani kebimbangan keselamatan utamanya dan pentadbiran Biden berulang kali memberi amaran kepada kerajaan Putin mengenai sekatan ekonomi yang terukakan dikenakan jika ia menyerang Ukraine. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AS, Rusia, Joe Biden, Vladimir Putin, NATO, Ukraine