Polis temui kubur OKU mati didera dalam 'kandang manusia'


  • Benua
  • Jumaat, 11 Feb 2022

DUA kubur milik OKU dipercayai mati didera ditemukan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. — Agensi

MISTERI kandang manusia dipercayai milik seorang ahli politik, Bupati Langkat dekat Sumatera Utara, Indonesia terus dirungkai manakala fakta baharu mula didedahkan.

Apa yang mengejutkan, terdapat kubur di dalam kandang tersebut dipercayai dimiliki oleh dua mangsa Orang Kurang Upaya (OKU) yang disyaki mati didera.

Sebelum ini, maklumat berkaitan kandang itu terbongkar selepas badan pencegah rasuah atau Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) negara itu melakukan pencarian berkaitan kes rasuah Bupati atau nama sebenarnya Terbit Rencana Perangin Angi.

Ketua Polis Sumatera Utara, Inspektor Jeneral RZ Panca Putra Simanjuntak berkata, terdapat kira-kira 656 mangsa tinggal di dalam kandang itu sejak 2010.

Pihaknya telah memanggil kira 63 saksi untuk disoal siasat berkaitan hubung kait dengan kandang tersebut.

Mengulas mengenai penemuan kubur itu, Panca berkata, polis tidak menolak kemungkinan akan membuat kerja-kerja penggalian.

"Pasukan masih bekerja, kita sudah berbincang yang mana ada kubur itu dibangunkan pada 2015 dan ada pada 2019. Sekiranya ia digali, kami akan bekerjasama dengan pasukan perubatan forensik," katanya.

Pada masa sama, Panca berkata, pihaknya turut menemui mangsa OKU di dalam sangkar tersebut manakala enam daripadanya telah didera. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram