'Tak makan ubat darah tinggi', itu alasan pengasuh dera bayi di Cheras


  • Tular
  • Jumaat, 14 Jan 2022

TANGKAP layar dari hantaran Nurul Fatin Nabila keadaan bayi lima bulan itu.

KEJADIAN pengasuh dera bayi sering menjadi topik panas sama ada tentang kes dera yang berlaku di tempat jagaan kanak-kanak seperti taska dan rumah asuhan.

Meskipun isu seperti itu sudah mendapat perhatian pihak bertanggungjawab, namun kes itu masih juga berlaku kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.

Terbaru, tular di laman media sosial Facebook beberapa gambar yang memaparkan seorang bayi berusia lima bulan yang didakwa didera oleh pengasuhnya sehingga pipi anak kecil itu timbul kesan kemerahan.

HANTARAN asal pengguna Facebook, Nurul Fatin Nabila

Menurut pengguna Facebook, Nurul Fatin Nabila yang juga merupakan rakan kepada ibu anak kecil itu, pengasuh tersebut geram dengan anak rakannya itu kerana asyik muntah-muntah sehingga membuat tindakan menampar budak itu.

"Dapat whatsapp dari kawan aku, dia mengadu anak dia kena tampar dengan pengasuh sebab pengasuh geram sangat anak dia asyik muntah muntah.

"Berbirat pipi budak ni. Umur tak sampai lima bulan lagi dah makan pelempang. Berderau darah aku memalam ni dengar. Sekarang (Khamis) ibu dia dekat Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras sebab tidak boleh sabar tengok muka anak merah-merah," kata Nurul Fatin Nabila di hantarannya.

Nurul Nabila mendakwa pengasuh berkenaan memberi pelbagai alasan disebabkan dia tidak makan ubat darah tingginya, dia bertindak sedemikian rupa terhadap anak kecil itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah pengasuh di Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dan mangsa juga sudah membuat laporan polis di IPD Cheras untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Nurul Fatin Nabila juga mendakwa bahawa pengasuh itu turut mendera lagi lima orang budak ekoran ibu bapa anak-anak itu sedar akan kesan cubitan setiap kali dihanyara ke pengasuh itu.

"Lebih lima orang mak budak yang lari dari hantar mengasuh kat dia. Sebab tiap kali anak balik rumah mesti ada kesan cubit," kata pengguna Facebook itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

dera, pengasuh, Cheras, Flat Sri Penara