AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) mempelawa penduduk di Singapura untuk memberikan maklum balas tentang perancangan mengenakan caj bayaran beg plastik kepada para pengguna pasar raya.
Maklum balas itu termasuk cadangan jika caj tersebut boleh dilaksanakan pada separuh pertama tahun depan.
Orang ramai boleh berkongsi pandangan masing-masing berhubung cadangan untuk mengenakan bayaran bagi beg plastik, iaitu caj minimum sebanyak S$0.05 (RM0.16) hingga S$0.10 (RM0.31) bagi setiap beg selain sama ada ia harus tertakluk kepada pembelian online.
"Mengenakan caj bayaran bagi beg plastik merupakan satu model yang saksama dan efektif.
"Ini kerana jumlah yang dibayar itu setimpal dengan jumlah beg plastik pakai buang yang diambil," kata NEA dalam kertas rundingannya di portal REACH seperti dilaporkan Channel News Asia.
Mengenai cadangan mengenakan bayaran itu, NEA menyatakan bahawa langkah sedemikian mencetuskan keseimbangan dalam menggalakkan para pembeli.
Ia katanya, untuk mengurangkan jumlah beg plastik pakai buang yang mereka ambil dan mengurangkan kesan kos terhadap para pembeli yang membuat pembelian besar dan keluarga berpendapatan rendah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram