Populariti K-pop lonjak eksport pes cili merah


  • Benua
  • Isnin, 24 Jan 2022

EKSPORT pes cili merah meningkat disebabkan pengaruh budaya K-Pop. — Facebook

EKSPORT pes cili merah Korea Selatan melonjak hampir 63 peratus sepanjang empat tahun lalu berikutan populariti global budaya pop Korea (K-pop).

Menurut data dari Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp. dan kementerian pertanian, eksport pes cili merah yang disebut gochujang dalam bahasa Korea, mencecah RM213 juta pada 2020, meningkat 62.6 peratus berbanding 2016 dan 35.2 peratus daripada 2019.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, eksport pes cili merah dilihat melonjak apabila lebih ramai warga asing berminat dengan makanan Korea selepas menonton bintang K-pop, seperti BTS, serta pendedahan lebih lagi kepada budaya Korea menerusi perkhidmatan kandungan melalui internet, kata syarikat negara itu.

Pakar berkata, Gelombang Korea yang dicetuskan oleh drama dan TV K-pop boleh menarik peminat di negara asing menjadi pengguna aktif produk Korea Selatan.

Amerika Syarikat merupakan pasaran terbesar dengan jumlah eksport 26.4 peratus, diikuti China dengan 17.3 peratus dan Jepun dengan 10.3 peratus.

Eksport ke Filipina dan Kanada masing-masing menyumbang enam peratus dan 4.3 peratus.

Data juga menunjukkan eksport pes kacang soya doenjang juga melonjak kepada RM49 juta pada 2020, meningkat 44.8 peratus daripada 2016. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Korea Selatan, pes cili merah, eksport, K-pop