Kes Covid-19 Vietnam cecah 15,000


  • Benua
  • Isnin, 24 Jan 2022

SEORANG kakitangan kesihatan mengambil sampel ujian Covid-19 di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. — AP

VIETNAM mencatatkan sebanyak 14,978 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam setakat 4 petang Ahad, termasuk 44 kes import dan 123 kematian.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan negara tersebut.

Hanoi terus merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,967 kes, diikuti Da Nang dengan 984 dan Hai Phong dengan 724.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 negara itu mencecah 2,141,422 dengan jumlah kematian sebanyak 36,719.

Sejumlah 4,157 pesakit sudah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih kepada 1,804,849. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Vietnam, Covid-19, peningkatan kes, pandemik