TIKUS pengesan periuk api, Magawa yang dianggap sebagai "wira" Kemboja mati pada usia lapan tahun selepas berkhidmat selama lima tahun.
Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) dalam kenyataannya berkata, Magawa yang mati pada Ahad berada dalam keadaan sihat dan menghabiskan dengan bermain serta cergas seperti biasa.
"Tetapi menjelang hujung minggu pada Ahad, pergerakannya mulai perlahan, lebih banyak tidur siang dan kurang berminat terhadap makanan sebelum mati.
"Sepanjang tugasnya, Magawa mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain serta menyelamatkan banyak nyawa di Kemboja sekali gus menjadikannya 'HeroRAT APOPO' paling berjaya setakat ini," katanya pada Selasa.
Untuk rekod, APOPO merupakan organisasi dari Belgium yang melatih tikus gergasi Afrika untuk menyelamatkan nyawa dengan mengesan periuk api dan penyakit batuk kering.
Magawa dianugerahkan Pingat Emas PDSA pada September 2020 iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian yang boleh diterima haiwan dan bersara tahun lalu sebelum digantikan oleh HeroRAT Ronin.
Tikus gergasi Afrika itu lahir di Tanzania pada November 2013. Selepas dilatih oleh APOPO, ia dibawa ke Siem Reap di Kemboja pada 2016 untuk memulakan tugasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram