Abang polis sanggup berkotor uniform demi bersihkan longkang di Putatan


  • Tular
  • Rabu, 12 Jan 2022

TANGKAP layar dari hantaran Suara Putatan yang menunjukkan polis trafik itu membersihkan longkang tersumbat itu.

SERING kali kita mendengar isu polis dari sisi negatif seperti polis terlibat kegiatan jenayah rasuah, pukul orang awam, parti liar dan pada tahun lalu pula video tular mengaitkan anggota polis pukul wanita dalam lif.

Isu sebegitu merosakkan imej polis dan membuat orang awam seakan hilang kepercayaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun berbeza dengan video tular seorang polis trafik di Putatan yang sikapnya dipuji oleh masyarakat.

HANTARAN dari Facebook Suara Putatan

Video itu menunjukkan seorang anggota polis trafik itu yang sanggup masuk ke longkang untuk mengeluarkan sampah tersumbat di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah pada Selasa.

Sampah tersumbat itu mengakibatkan takungan air di jalan raya di Kampung Meruntum, Putatan.

Menerusi perkongian laman rasmi Polis Daerah Penampang berkata, polis trafik itu merupakan Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.

Difahamkan Koperal Shah Erman pada ketika itu sedang menjalankan tugas ‘point duty’ bersama dua lagi polis trafik daerah Penampang dan mereka turut mengawal lalu lintas serta melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

Menerusi hantaran dari Suara Putatan itu, rata-ratanya memuji sikap murni polis trafik itu dan berkata sikap keprihatinannya wajar dicontohi oleh anggota polis lain.

"Contoh yang baik, bukan untuk di puji tetapi sikap keprihatinan, kepekaan ada pada diri anggota polis tersebut. Jarang kita lihat perkara seperti itu, apa pun terbaik serta bangga nampak video ini," komen pengguna Facebook, Timothy Thaddieus.

"Tugas dia semasa ronda-ronda kena laa turun tangan, jangan asyik angkat tangan tahan org," kata pengguna Facebook, Cake Pumkin.

"Mantap terbaik anggota trafik. Semoga menjadi contoh kepada kakitangan kerajaan atau orang awam yang lain.Tidak semestinya kita ada kedudukan, kita lupa betapa susah payahnya pekerja buruh menggali parit dan sebagainya. Jika pada kedudukan tertinggi janganlah sombong. Saya amat bangga kepada anggota trafik (PDRM). Tahniah sekali lagi," kata pengguna Facebook, Osman Bin Gadje. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis trafik, Penampang, Sabah, tanggungjawab