Singapura sumbang RM252,000 kepada Malaysia, Filipina


  • Benua
  • Rabu, 22 Dis 2021

BANTUAN itu sebagai usaha untuk membantu negara yang ditimpa bencana. — The Star

KERAJAAN Singapura akan menyumbang RM252,000 sebagai menyokong usaha pengumpulan dana awam Palang Merah Singapura (SRC) bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan bencana di Malaysia serta Filipina.

Kementerian Luar Singapura dalam satu satu kenyataan berkata, banjir di Malaysia dan Taufan Rai di Filipina telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta kemusnahan harta benda.

Sumbangan Kerajaan Singapura itu sebagai tambahan kepada ikrar SRC sebanyak RM210,000 setiap satu kepada Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina.

"Sebagai rakan baik dan negara anggota Asean, Singapura menyokong Malaysia serta Filipina dalam masa sukar ini," katanya.

SRC pada 20 Disember menyatakan ikrar bantuan kemanusiaan bernilai US$50,000 masing-masing kepada Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina, sebagai menyokong usaha bantuan berterusan susulan kecemasan iklim baru-baru ini di Malaysia dan Filipina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram