Wanita bakar gudang minyak kerana stres dengan bos


  • Benua
  • Isnin, 13 Dis 2021

API menjadi marak dengan cepat kerana gudang tersebut menjadi lokasi menyimpan ribuan liter minyak. — Agensi
SEORANG wanita yang bekerja di sebuah gudang minyak di Thailand bertindak nekad meledakkan bangunan tersebut akibat tertekan kerana dimarahi majikannya hampir setiap hari.

Wanita itu sudah bekerja dengan Prapakorn Oil selama sembilan tahun itu juga dikatakan sengaja bertindak demikian.

Pekerja yang bernama Ann Sriya, 38, itu pada mulanya menggunakan mancis untuk membakar kertas sebelum melemparkannya ke bahan yang mudah terbakar pada Isnin.

Perkara itu membuatkan api terus merebak hingga membakar hampir keseluruhan gudang yang menyimpan ribuan liter tangki minyak.

Kebakaran itu juga telah membuatkan Prapkorn Oil mengalami kerugian hampir 40 juta baht (RM5 juta).

Sementara itu, Leftenan Jeneral Wilayah, Thanayut Wuttijarathamron berkata, Sriya ditangkap di rumahnya di daerah Sam Phran dan mengaku melakukan pembakaran.

"Wanita itu ditemukan dengan keadaan melecur di tangan dipercayai akibat kebakaran tersebut," katanya.

Tambahnya, wanita itu juga mengaku bertindak demikian kerana marah terhadap ketuanya yang meminta dia meluaskan skop kerjanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Benua, Bakar, Stress, Gudang Minyak, Terbakar