Lebih 100 maut akibat kemalangan lori tangki


  • Benua
  • Sabtu, 06 Nov 2021

KEADAAN ldi lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki dan beberapa kenderaan lain. — Agensi

LEBIH 100 orang dikhuatiri maut dalam satu kejadian letupan selepas dua lori berlanggar di Sierra Leone, kata pihak berkuasa negara Afrika Barat itu.

Sejumlah mangsa dilaporkan kritikal akibat kemalangan itu dan beberapa kenderaan lain turut musnah akibat letupan itu yang berlaku di ibu negara, Freetown.

Datuk Bandar, Yvonne Aki-Sawyerr dalam satu kenyataan di Facebook meluahkan rasa sedih terhadap mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

"Saya sedih mendengar kejadian yang berlaku di Jalan Bai Bureh, Wellington, selepas sebuah lori yang membawa bahan api bertembung dengan lori lain.

"Khabar angin menyatakan lebih 100 orang telah terkorban. Jumlah kerosakan harta benda belum dapat dipastikan,” tulis Aki-Sawyerr di Facebook.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kemalangan, lori tangki, Sierra Leone