[VIDEO] Bandar di Kanada isytihar darurat, kebakaran lapangan terbang merebak ke bangunan simpan bahan letupan


  • Benua
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Foto memaparkan keadaan menara kawalan di lapangan terbang dekat Labrador, Kanada, yang terbakar dalam kejadian pada Jumaat. — Twittter

PIHAK berkuasa di bandar Labrador, Kanada mengisytiharkan darurat susulan kebakaran tidak terkawal yang berlaku di lapangan terbangnya pada Jumaat.

Pegawai kecemasan berada di tempat kejadian melaporkan kebakaran bermula di menara kawalan lapangan terbang dan merebak ke kawasan bangunan terbiar yang dipercayai memiliki bahan letupan.

BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi

Situasi itu meningkatkan risiko letupan dengan pihak berkuasa mula mengarahkan penduduk di Happy Valley-Goose Bay dan kawasan menempatkan pasukan tentera Kanada untuk segera berpindah ke jarak selamat.

BACA LAGI: Kapal maritim terbakar, hanyut sebelum diselamatkan MPA Singapura

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan lima jalan yang terjejas ialah Ottawa Avenue, Halifax, Toronto, Winnipeg dan London streets.

Dalam pada itu, turut tular rakaman kebakaran yang dilihat marak menjilat menara kawalan lapangan terbang di bandar tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram