ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah atas pertuduhan menerima wang rasuah berkaitan pengeluaran lesen cari gali mineral di Sabah.
Seorang lagi ahli perniagaan, Datuk Tei Jian Cheing, juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas dua pertuduhan memberi wang rasuah kepada dua ADUN terbabit. Ketiga-ketiga tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Jason Juga. — Majoriti
TONTON LAGI: https://majoriti.com.my/video
SUBSCRIBE: https://tinyurl.com/37ama65y
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram