Game PS Plus kini ada tarikh luput


  • eSports
  • Ahad, 26 Jun 2022

Jika pemain buka beberapa game secara berasingan, mereka akan dapati sesetengah permainan sudah mula memaparkan tarikh luput di Sony Playstore. — Agensi

MELANGGAN apa-apa servis langganan seperti PlayStation Plus dan Xbox Game Pass pastinya menjimatkan para pemain untuk mencuba lebih banyak permainan video (game) berbanding membelinya satu persatu.

Tetapi, satu kerisauan yang sentiasa timbul dalam kalangan gamer adalah daripada banyak game yang disediakan, berapa lamakah setiap satu game itu akan tersedia dalam langganan tersebut?

Kalau mengikut Xbox Game Pass, pada setiap bulan, Microsoft akan menyenaraikan apakah permainan video baharu yang akan ditambah ke dalam katalog, serta senarai permainan yang akan dibuang, jadi adakah Sony akan mengikut jejak langkah yang sama?

Disebabkan PlayStation Plus serba baharu ini baru sahaja dilancarkan, jadi masih belum tahu bagaimanakah Sony akan memaklumkan situasi itu kepada pengguna.

1819998cbcd76-screenshotUrl

PlayStation Plus serba baharu ini baru sahaja dilancarkan, jadi masih belum tahu bagaimanakah Sony akan memaklumkan tarikh luput game kepada pengguna. Agensi

Namun, mungkin pengguna boleh menemui bagaimanakah Sony akan melakukannya, walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Sony.

Kalau pemain buka tab PlayStation Plus di konsol PS5, mereka akan menemui ada bahagian khas yang tertera “Last chance to play” (peluang terakhir untuk bermain).

Walau bagaimanapun, jika pemain buka beberapa permainan secara berasingan, mereka akan dapati sesetengah permainan sudah mula memaparkan tarikh luput, iaitu bilakah ia akan meninggalkan Game Catalog (PS Plus Extra, Deluxe).

Game-game tersebut adalah (serta tarikh luputnya):

  • NBA 2K22: 31 Ogos 2022
  • WRC 10: 31 Ogos 2022
  • Red Dead Redemption 2: 20 September 2022

Tetapi, melalui semakan terakhir, kebanyakan game lain masih belum ada sebarang tarikh luput. Sama ada game itu akan tersedia buat selamanya, masih belum ada tarikh luput atau Sony masih belum paparkan lagi tarikh luputnya di PlayStation Store, segala-galanya belum terjawab secara rasmi oleh Sony. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Playstastion, PS5, Sony, PS4, Gaming, Permainan video,