YouTuber bina Xbox Series X sebesar peti sejuk


  • eSports
  • Khamis, 23 Jun 2022

Pick juga bakal menyumbang binaan besar ini ke YMCA Youth and Teen Development Center. — Agensi

MICHAEL Pick, seorang YouTuber yang terkenal kerana pernah membina Nintendo Switch paling besar di dunia sebelum ini.

Kali ini, dia hadir lagi dengan membina Xbox Series X yang besar dan seberat peti ais.

snoop

Xbox Series X Fridge yang juga peti ais sebenar dengan rekaan Xbox dari Microsoft sendiri. Agensi

Xbox Series X yang besar memegang rekod sebagai yang terbesar di dunia. Berdiri pada ketinggian lebih 6.82 kaki dan lebar 3.41 kaki, konsol ini mempunyai berat lebih 250 paun.

Pick mendapat idea ini dari peti ais Xbox Series X Fridge yang juga peti ais sebenar dengan rekaan Xbox dari Microsoft sendiri.

Pick membuat video yang mendokumentasikan proses membina konsol gergasi.

Dia bermula dengan bahagian luar kayu sebagai asas, tetapi mencipta semula elemen khusus pada konsol seperti port sambungan belakang serta butiran di bahagian atas, seperti yang dia catatkan dalam video.

Xbox-Series-X-13

Berdiri pada ketinggian lebih 6.82 kaki dan lebar 3.41 kaki, konsol ini mempunyai berat lebih 250 paun. Agensi

Menurut Pick, kerja yang paling susah adalah untuk meniru bahagian melengkung atas Xbox Series X dan kemudian membuat bahagian itu menggunakan cetakan 3D dengan beberapa bahagian kecil dan disambungkan bersama.

Rekaan terbesar ini berfungsi dengan menggunakan Xbox Series X sebenar disimpan di dalam Xbox besar itu.

Dengan menekan butang di Xbox gergasi bahagian dalam binaan itu akan menghantar isyarat ke motor di dalam untuk mengaktifkan konsol Xbox itu.

Pick juga bakal menyumbang binaan besar ini ke YMCA Youth and Teen Development Center di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram