PRESIDEN Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin berpotensi kembali memegang jawatan tertinggi badan itu sekiranya jawatankuasa eksekutif (Exco) FAM meletakkan jawatan secara beramai-ramai.
Kemungkinan itu bergantung kepada keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung rayuan FAM terhadap sekatan yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan penggunaan dokumen palsu melibatkan tujuh pemain warisan.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, situasi tidak menentu ketika ini bermakna tiada sebarang senario boleh diketepikan, khususnya jika berlaku perubahan struktur di peringkat tertinggi organisasi.
BACA LAGI: Khabar angin letak jawatan beramai-ramai, Exco FAM kini berkumpul di hotel Petaling Jaya
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: Noor Azman dilapor tidak bersalah, boleh sambung tugas Setiausaha Agung FAM

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.
"Bagi saya, apa-apa kemungkinan boleh berlaku.
"Jika Exco dibubarkan, akan ada pemilihan baharu. Sesiapa sahaja boleh menjadi presiden, termasuk Tan Sri Hamidin," kata Yusoff selepas mesyuarat khas Exco bagi membincangkan pilihan sekiranya FAM berdepan tindakan lanjut daripada FIFA atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Yusoff turut menambah bahawa hala tuju yang bakal diambil FAM bergantung kepada keputusan yang dibuat dalam beberapa minggu akan datang, dengan kongres persatuan dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan landskap kepimpinan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
