Ujian berbeza, lagu nasyid iringi perjuangan Faisal Halim dan Arif Aiman


  • Podium
  • Isnin, 01 Dis 2025

Faisal dan Arif Aiman sedang diuji dengan dugaan dalam karier bola sepak mereka. — Facebook/FAM

DUA pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim menarik perhatian apabila masing-masing memuat naik Insta Story disertakan lagu Insya-ALLAH nyanyian Maher Zain, seolah-olah menggambarkan ujian yang sedang mereka lalui ketika ini.

Perkongsian dibuat pada Ahad itu menampilkan sisi peribadi kedua-dua bintang bola sepak negara tersebut dengan simbolik lagu tersebut mencerminkan harapan, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan.

Faisal memuat naik foto ketika meraikan jaringan bersama Selangor FC, namun  pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti kepada lawan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

BACA LAGI: ‘Curang itu pilihan bukan kebetulan’, hashtag bekas isteri Faisal Halim cetus spekulasi punca cerai

BACA LAGI: Biarlah ramai pilihan sekali pun, tewasnya JDT di Australia ceritakan Arif Aiman tiada galang ganti

Dalam masa sama, pemilihan lagu Insya-ALLAH turut dilihat sebagai isyarat halus mengenai pergolakan peribadi yang sedang dilalui bekas tonggak Terengganu FC (TFC) berkenaan. 

Terdahulu, bekas isterinya membuat hantaran di Insta Story yang seakan-akan mendakwa pemain sayap itu berlaku curang sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka. 

Tangkap layar Insta Story Faisal. 

Sementara itu, Arif Aiman pula berkongsi gambarnya berada di dalam kapal terbang, dipercayai menuju ke luar negara bagi menjalani proses pemulihan kecederaan yang dialaminya. 

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ketika bersama skuad Harimau Malaya dan hanya beraksi selama sembilan minit ketika menentang Laos sebelum digantikan oleh Faisal.  

Tangkap layar Insta Story Arif Aiman. 

Kecederaan tersebut turut memaksa Johor Darul Ta’zim (JDT) merehatkannya daripada beberapa perlawanan penting termasuk aksi Harimau Selatan tewas 0-2 kepada Melbourne City pada 25 November lepas. 

Perkongsian serentak Faisal dan Arif dengan lagu yang sama memberi gambaran jelas bahawa kedua-duanya kini berdepan ujian yang berbeza, namun tetap berpegang kepada keyakinan bahawa segala dugaan mampu dilalui dengan ketabahan dan doa. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram