Rating rendah berbanding Syihan, tak mustahil aksi di Australia jadi penampilan terakhir kiper Sepanyol JDT


  • Podium
  • Jumaat, 28 Nov 2025

Nama Zubiarurre menjadi topik bualan apabila ada penyokong membandingkan persembahannya dengan Syihan.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak berjaya mendapatkan tiga mata berharga selepas tewas 0-2 kepada kelab Australia, Melbourne City di Stadium Melbourne Rectangular, dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Impian JDT untuk meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam ACLE dihancurkan oleh dua 'ubi muda' yang menjaringkan gol iaitu Max Caputo dan pemain gantian, Medin Memeti apabila cemerlang melakukan debutnya di pentas tertinggi Asia itu.

Ia satu keputusan mengejutkan buat Harimau Selatan dek JDT menyenaraikan pemain berkualiti termasuk tiga pemain tempatan iaitu Nacho Mendez, Afiq Fazail dan Natxo Insa sebagai ketua pasukan.

BACA LAGI: Biarlah ramai pilihan sekali pun, tewasnya JDT di Australia ceritakan Arif Aiman tiada galang ganti

BACA LAGI: Dijangka jadi 'watak utama', tugas berat menanti Haziq capai misi singkir JDT

Barisan bintang import pula ialah Raul Parra, Eddy Israfilov, Antonio Glauder, Jonathan Silva, Oscar Arribas, Jairo, Bergson da Silva serta penjaga gol iaitu Andoni Zubiaurre.

Di antara semua pemain yang diturunkan, nama Zubiarurre menjadi topik bualan apabila ada penyokong membandingkan persembahannya dengan penjaga gol tempatan, Syihan Hazmi.

Ketika perlawanan tewas kepada wakil Australia berkenaan, penjaga gol import dari Sepanyol itu hanya diberikan rating sebanyak 7.0 selepas membiarkan JDT dibolosi dua gol.

Manakala, Syihan pula diberikan rating sebanyak 8.2 selepas berjaya memastikan pintu gol pasukan tidak bolos ketika menentang Machida Zelvia FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 30 September.

Lebih membanggakan pemain kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu apabila berjaya menafikan enam percubaan berbahaya skuad kendalian Go Kuroda sekali gus membolehkan Harimau Selatan mengutip satu mata.

Detik paling kritikal sudah tentu berdepan situasi sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Machida Zelvia dan Syihan perlu berdepan Yuki Soma namun sepakan pemain itu sekadar menggegarkan tiang kiri pintu gol dan melantun keluar.

Kecemerlangan Syihan dan prestasi kurang memuaskan dari Zubiaurre membuat penyokong beranggapan penjaga gol Harimau Malaya itu akan diberi kepercayaan beraksi lebih banyak di ACLE.

Secara perbandingan, Zubiarurre sudah tampil dalam enam perlawanan setakat ini dengan empat daripadanya ialah aksi ACLE.

Manakala, Syihan pula diberi kepercayaan bermain dalam 15 perlawanan dan sembilan daripadanya adalah aksi Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram