
PELARI wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy meraih gelaran pertamanya bagi 2025 apabila mencatat kemenangan dalam acara 400 meter (m) wanita.
Kejayaan itu diraih pada kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 yang berlangsung di Florida, Amerika Syarikat.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook Malaysia Athletic Federation pada Ahad, memaklumkan kejayaan membanggakan atlet negara di pentas antarabangsa.
BACA LAGI: Jersi khas Sri Pahang tanda sokongan padu harungi misi mustahil Final Piala Malaysia
BACA LAGI: 'Jodoh tak panjang', Milligan dilaporkan tinggalkan Harimau Malaya
Shereen mencatatkan 53.27 saat untuk meraih pingat emas. — Facebook/MAF
Atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih pingat emas.
Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh Gabby Johnson dari pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17 s.
Manakal, Nevaeh Lorjuste pula meraih pingat gangsa bersama pasukan Rowan dengan masa 56.91 s.
Menurut Shereen, 200 meter pertama agak mencabar disebabkan oleh cuaca berangin dan angin bertentangan.
"Secara keseluruhan, saya merasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan," katanya dalam kenyataan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram