
MENJELANG perlawanan mendebarkan menentang Kuala Lumpur City FC, Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah mendedahkan bahawa skuad The Bos Gaurus (TBG) akan diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain dari skuad Bawah 23 Tahun.
Ia susulan kehilangan tonggak import, Adilet Kanybekov yang mengalami kecederaan pada saat-saat akhir menjelang aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.
Yusri menyatakan bahawa perlawanan itu akan menjadi medan penting buat pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka, lebih-lebih lagi selepas hampir sebulan pasukan tidak beraksi secara kompetitif.
BACA LAGI: Sah tak beraksi final Piala Malaysia, fans harap Hidalgo ubati kehilangan Kpah Sherman
BACA LAGI: 'Jodoh tak panjang', Milligan dilaporkan tinggalkan Harimau Malaya
Perak FC bakal turun menentang KL City tanpa kelibat tonggak utama, Adilet. — Facebook/Perakfc
“Saya menaruh harapan tinggi agar skuad kendalian saya mampu menewaskan KL City walaupun kami sedar ia bukan tugas mudah.
"Hampir 30 hari tanpa perlawanan adalah satu cabaran, tetapi kami tidak akan ke Cheras hanya untuk melengkapkan jadual. Kami tidak mahu pulang ke Ipoh dengan tangan kosong,” katanya.
Yusri turut mengakui kekuatan yang dimiliki oleh The City Boys, menyifatkan pasukan kendalian Miroslav Kuljanac itu sebagai antara pasukan paling mantap dalam saingan liga.
“KL adalah pasukan yang tidak memerlukan masa untuk bersatu. Jika dilihat pada barisan mereka, hampir sama pemain yang diturunkan dalam setiap perlawanan. Itu menunjukkan tahap persefahaman mereka sangat baik,” ujarnya.
“Pada pandangan saya, KL City adalah antara pasukan terkuat dalam liga. Mereka mempunyai barisan pemain berkualiti dan walaupun mengalami pemotongan mata, mereka tetap bermain dengan konsisten dan berdisiplin.
"Mereka bukan lawan mudah. Saya sangat fokus terhadap persiapan pasukan dan saya yakin pemain-pemain saya juga begitu.
"Sebarang kesilapan akan mengundang padah dan kami harus tampil dengan disiplin tinggi serta semangat juang yang kental,” tambah Yusri. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram