
PUTRA Heights digemparkan dengan letupan kuat pada pagi 1 April yang mencetuskan kebakaran besar sehingga api menjulang setinggi 30 meter.
Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah dan kenderaan.
Malah, ia turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat yang cemas melihat kemusnahan berlaku di depan mata.
BACA LAGI:Tak tinggal raya solo, Akhyar Rashid bawa balik bintang import balik Kedah
BACA LAGI:Ramon Marcote ada 6 kelab impian jika kembali ke Malaysia
Impak kebakaran dengan api yang marak menjulang ke udara sehingga dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian.
Menurut laporan media seramai 529 mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran tersebut.
Daripada jumlah itu, seramai 13 mangsa yang cedera dirawat di zon merah manakala 55 di zon kuning dan 43 di zon hijau di beberapa hospital.
Antara yang menjadi mangsa letupan gas itu adalah bekas pemain muda Selangor FC, Nazrin Nasir yang kini sedang dalam pemantuan kesihatan.
Menerusi perkongsian Instagram miliknya, Nazrin terpaksa menahan kesakitan di dalam masjid sambil menunggu rawatan daripada pihak perubatan.
Dalam video tersebut, bekas pemain Kedah itu juga dilihat sangat letih dan tidak bermaya ketika menunggu pasukan perubatan tiba.
Untuk rekod, Nazrin pernah beraksi bersama Selangor FC II, Kedah Darul Aman FC B dan PDRM sebelum menyertai Carabat FC.
Sebelum ini, penyerang Carabat itu merupakan prospek masa hadapan skuad Harimau Malaya apabila sering diberi kepercayaan untuk membarisi barisan serangan Harimau Muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram