
REAL Madrid menerima durian runtuh apabila laporan terkini mengatakan usaha mereka mendapatkan bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sudah memasuki fasa terakhir.
Pemain pertahanan itu sebelum ini difahamkan menolak tawaran kontrak daripada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan selepas berada di kelab tersebut sejak di peringkat akademi.
Jadi, dengan pelbagai gelaran sudah dijulang, Trent akhirnya memilih untuk membuka lembaran baharu dalam kariernya dengan gergasi Sepanyol itu menjadi destinasi terbarunya.
BACA LAGI: Bruno Fernandes disuruh keluar Manchester United
BACA LAGI: Jujur akui kesalahan kepada pengadil, Dorgu sempat usik minta Bruno Fernandes ajar teknik 'shooting'
Trent dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang. — Agensi
Perpindahan itu sememangnya menguntungkan Real Madrid kerana mereka tidak perlu membayar untuk mendapatkan bek kanan berusia 26 tahun tersebut yang akan sekali gus mengukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna Real Madrid tidak akan berbelanja pada jendela perpindahan akan datang memandangkan terdapat juga laporan yang mengatakan mereka berminat untuk menyambar kapten Manchester United, Bruno Fernandes.
Dalam semua kejohanan musim ini, pemain antarabangsa Portugal berkenaan berjaya mencatatkan 16 gol dan 16 bantuan jaringan yang merupakan satu rekod baik melihat kepada kualiti skuad The Red Devils.
Pulangan itu menunjukkan arkitek berusia 30 tahun terbabit merupakan watak penting buat pasukannya meskipun kerap dikritik dari segi kepimpinan serta disiplinnya.
Statistik Bruno Fernandes beberapa musim kebelakangan ini amat mengagumkan. — Agensi
Sekiranya Real Madrid mahukan khidmatnya, mereka perlu membuat perbelanjaan mencecah £90 juta (RM516.5 juta) dengan kontraknya bersama Manchester United hanya akan berakhir pada Jun 2027.
Meskipun nilai ditetapkan itu tinggi, Real Madrid pasti tidak akan mempunyai masalah untuk menebusnya kerana mereka mahu mendapatkan pengganti kepada Luka Modric yang semakin berusia.
Pengalaman beraksi di EPL dan Eropah menjadikan Bruno seorang pemain lengkap yang diperlukan skuad Los Blancos untuk memperkuatkan pasukan dalam usaha terus mendominasi pada tahun-tahun akan datang.
Namun, usaha mereka juga tidaklah mudah untuk direalisasikan kerana pengurus Manchester United, Ruben Amorim tidak mahu melepaskan kaptennya serta pemain terbaiknya dalam masa terdekat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram