KONFLIK kontrak antara Trent Alexander-Arnold dan Liverpool menjadi semakin rumit apabila pemain antarabangsa England tersebut enggan melanjutkan tempoh perkhidmatan bersama kelabnya itu.
Jadi, untuk mengelakkan bek kanan tersebut berpindah secara percuma, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terpaksa melepaskannya pada jendela perpindahan kali ini ke mana-mana pasukan berminat.
Berdasarkan khabar angin yang bertebaran di media sosial, Trent dilaporkan bersedia untuk berpindah ke kelab Sepanyol, Real Madrid yang sudah mengikuti perkembangannya sejak bertahun-tahun lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Trent kagum 'free kick' bintang JDT, terkejut ada sepupu Mac Allister di Perak
BACA LAGI: Tak rela kehilangan Trent, Liverpool tolak tawaran Real Madrid mentah-mentah
Lucas Vazquez kini merupakan bek kanan utama skuad Los Blancos. — Agensi
Perpindahan itu sememangnya logik untuk dimeterai kerana pasukan tersebut kehilangan pemain pertahanan kanan, Dani Carvajal sehingga terpaksa meletakkan Lucas Vazquez di posisi terbabit.
Namun, Liverpool kelihatan sedang cuba berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan perpindahan itu berlaku kerana masih yakin mereka boleh menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 26 tahun terbabit.
Ini kerana kira-kira dua minggu lalu, mereka bertindak menolak £20 juta (RM110 juta) daripada Real Madrid semata-mata mahu mengelakkan pemain berkenaan daripada berkelana ke Sepanyol.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Trent dilaporkan sudah berkata 'ya' kepada tawaran skuad Los Blancos meskipun masih belum menandatangani sebarang kontrak secara rasmi.
Lebih mengejutkan lagi, pemain terbabit difahamkan hanya bersedia untuk berkelana pada musim panas nanti, sekali gus menyaksikan Liverpool tidak meraih keuntungan daripada perpindahan berkenaan.
Kehadiran Trent dalam skuad Los Blancos akan memperkuatkan lagi pasukan. — Agensi
Situasi itu sememangnya mahu dielakkan kerana sepanjang sembilan tahun berada dalam skuad utama The Reds, Trent menerima gaji mingguan mencecah £180,000 (RM990,271) yang merupakan antara tertinggi dalam kalangan pemain.
Meskipun pertahanan sayap berkenaan beraksi dengan cemerlang dalam tempoh terbabit, kelab EPL itu sudah pasti mengharapkan sedikit pulangan memandangkan graduan akademi mereka itu amat bernilai dalam pasaran hari ini.
Sepanjang kempen EPL musim ini, Trent sudah diturunkan sebanyak 19 kali dengan satu gol dan empat bantuan jaringan direkodkan meletakkan skuad The Reds di kedudukan teratas memasuki separuh kedua kempen.
Jadi, pemergiannya sekurang-kurangnya meninggalkan memori manis buat penyokong The Kop dalam usaha pasukan menjulang gelaran liga buat kali ke-20 dalam sejarah, sekali gus mengikat rekod dipegang Manchester United ketika ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram