PELEDAK berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva dicanang sebagai penyerang terbaru Harimau Malaya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyebut namanya akan melalui proses naturalisasi dalam masa terdekat.
Memetik laporan Stadium Astro, pemain kelahiran Brazil itu bakal menjadi sebahagian daripada projek penstrukturan terbaru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan skuad kebangsaan kembali lebih hebat.
Sehingga kini, pemain berusia 33 tahun itu sudahpun menjaringkan 134 gol dalam 124 penampilan bersama Harimau Selatan setakat ini.
BACA LAGI: Layangan kad merah 'bunuh' momentum Sabah FA, Kelana United muncul juara LWN 2024
Peledak berbisa Harimau Selatan, Bergson. — Facebook/JDT
"Kamu menjumpai satu perkara yang terbaik untuk saya dan Harimau Malaya.
"Saya sentiasa berada di Malaysia kerana saya berasakan ini adalah rumah saya.
"Saya sangat pasti bos (TMJ) akan mebuat keputusan yang bernas dan tepat untuk kami.
"Saya mempercayainya dan sangat menyayangi negara ini," katanya di Nadi Weekend.
Sebelum ini, kem Harimau Malaya dikhabarkan akan akan menerima dua bintang naturalisasi iaitu Bergson dan Manuel Hidalgo bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram