TRW Kelantan FC dipercayai bakal kembali mewarnai kancah liga bola sepak Malaysia pada musim depan.
The Red Warriors hilang dari peta bola sepak tempatan tahun ini susulan penyingkiran dari Liga Super termasuklah pelbagai masalah yang melanda pasukan sejak musim lalu.
Kelantan Darul Naim (KDN) FC menjadi satu-satunya pasukan yang mewakili negeri tersebut dan sedang berjuang dalam kancah Liga Super 2024-2025.
BACA LAGI: ‘Tanpa Lucho, Perak ibarat main liga estet’, fans TBG berang misi #wajibmenang gagal
BACA LAGI: [VIDEO] Fans Selangor kurang gemar, Kinoshi juga tak berminat 'layan' tekanan UltraSel
Khabar mengejutkan mula tular di media sosial selepas kewujudan sebuah laman Facebook baharu yang dikenali sebagai Kelantan Red Warrior FC.
Laman Facebook itu juga memberikan bayangan bahawa mereka mengembalikan era gemilang bola sepak Kelantan.
"Nantikan berita baik dari kami. Semoga dipermudahkan semuanya."
TRW Kelantan yang dimiliki oleh Norizam Tukiman sebelum ini terlepas peluang beraksi di Liga A1 Semi-Pro selepas gagal mendaftarkan minimum 20 pemain dalam skuad untuk dibenarkan bersaing.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan individu di sebalik perancangan untuk mengembalikan kegemilangan TRW Kelantan FC ketika ini.
Kelantan menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan dua kemenangan, dua seri dan 22 kekalahan sekali gus menghuni tangga tercorot liga.
Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa sebahagian besar pelabur TRW Kelantan tidak bersetuju dengan situasi semasa yang terjadi kepada kelab.
Kumpulan itu juga menolak Zamsaham selain difahamkan menubuhkan Gerakan Selamatkan Kelantan FC (GSK) untuk mengembalikan TRW Kelantan FC ke landasan sebenar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram