Kagum usaha bekas pemain kebangsaan tubuh akademi, usahawan jersi taja program akar umbi


  • Podium
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Afif memberikan latihan dan teknik seperti yang diterapkan kepada pemain profesional Liga Super.

SEMAKIN hari semakin ramai bekas-bekas pemain bola sepak mula menubuhkan akademi swasta dalam usaha untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat muda demi kebaikan masa depan negara.

Antara bekas pemain yang kini giat aktif terlibat dalam program akar umbi ialah Mohd Afif Amiruddin apabila dia menubuhkan akademi bola sepak bernama AA19 yang mengumpulkan ramai bakat-bakat baharu.

Namun begitu, tanpa sokongan daripada pihak ketiga ia sukar untuk meneruskan perjuangan mencurahkan ilmu kepada bakat-bakat baharu bagi mengejar impian menjadi seorang pemain bola sepak.

BACA LAGI: [VIDEO] Tarik perhatian 'fans' Liga M, Joao Pedro bakal ikut jejak langkah 3 import lepas cemerlang di Piala Asean

BACA LAGI: [VIDEO] Fans Selangor kurang gemar, Kinoshi juga tak berminat 'layan' tekanan UltraSel

3

AA19 bersama D'Mensi Legacy telah melakukan satu bentuk kerjasama yang unik dengan tajaan kit rasmi pasukan.

Di sini, AA19 bersama D'Mensi Legacy telah melakukan satu bentuk kerjasama yang unik dengan tajaan menyediakan pakaian atau kit rasmi pasukan yang mana ia merupakan perkara asas dalam pasukan bola sepak.

Jurucakap D'Mensi Legacy dikenali sebagai Tuan Akmal berkata, pihak syarikat tertarik untuk membantu Akademi AA19 sebagai pihak ketiga kerana tidak banyak program menggunakan acuan seperti yang diperkenalkan oleh bekas pemain kebangsaan itu.

2

Afif (duduk) sedang melatih pemain-pemain muda di gimnasium.

"D'Mensi Legacy, sublimation jersi 'custom'. Kami bekerjasama dengan AA19 'personal trainer' bagi menyediakan jersi latihan dan perlawanan.

"Tak banyak program akar umbi di Malaysia seperti dilakukan oleh program AA19, coach Afif buat program AA19 ini fokus kepada teknik asas individu yang lebih berkualiti dan intensif.

"Program akar umbi yang betul-betul fokus kepada teknik asas individu, kebanyakan pemain yang belajar di program AA19 bukan hanya pemain biasa, tapi kebanyakannya dari pemain Akademi Tunas sekitar Kuala Lumpur," katanya kepada Majoriti.

1

Afif menerapkan elemen 'personal coaching' dalam latihannya.

Sebagai seorang ayah kepada pelatih Akademi AA19, beliau berpendapat banyak teknik dan asas baharu diperoleh oleh anaknya di bawah bimbingan bekas pemain Pahang FA (kini dikenali Sri Pahang) itu.

"Banyak yang pemain dapat yang tak (pemain) tak dapat di akademi di luar sana sebab coach Afif berikan latihan dan teknik yang pemain profesional Liga Super dapat.

"Saya berharap AA19 dapat berkembang lebih lagi untuk pembangunan akar umbi di Malaysia.

"Saya juga berharap lebih ramai bekas pemain seperti beliau (Afif) dapat menyumbang sesuatu ke arah bole sepak Malaysia," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram