KETIADAAN tonggak utama pasukan pasti memudahkan urusan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2024 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat (13 Disember).
Kuala Lumpur yang terpaksa melepaskan kapten pasukan, Paulo Josue dan Haqimi Azim ke skuad kebangsaan pastinya mengganggu perancangan ketua jurulatih, Miroslav Kuljanac untuk membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 21 Disember nanti.
Disebabkan itu, penyokong Johor berpendapat Harimau Selatan bakal memenangi perlawanan suku akhir pertama ini dengan sangat mudah.
BACA LAGI: [VIDEO] Fans Selangor kurang gemar, Kinoshi juga tak berminat 'layan' tekanan UltraSel
Namun begitu, menjadi kebimbingan penyokong JDT apabila mereka menjangka KL City akan turun dengan taktikal bertahan.
"Kuala Lumpur pasti main 'compact' bahagian pertahanan, mereka cuba nak kurangkan jumlah gol dan heret perlawanan ke masa tambahan dan penalti nanti di Stadium Sultan Ibrahim," kata Wan Zam.
"Bawah Bojan (Hodak) dulu ya, mereka memang biasa (main bertahan) buat," jelas Nur Amin Asnol.
"Semoga berjaya dan buat yang terbaik JDT, sentiasa berikan fokus sepenuhnya," ujar Aziz Double.
Pada perlawanan sebelum ini, JDT berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan keputusan 3-0 hasil jaringan hatrik oleh Arif Aiman Hanapi.
JDT dijangka mudah menewaskan Kuala Lumpur selepas tiada seorang pun pemain Harimau Selatan dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan kerana jadual padat yang akan dilalui pasukan itu.
Bergson da Silva dan Arif Aiman bakal menjadi nadi penting buat Hector Bidalgio membawa bekalan selesa ke Johor pada perlawanan timbal balik suku akhir kedua di SSI pada 21 Disember. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram